Anjuran Jabatan Penerangan Malaysia
Bengkel ini direka khas untuk pegawai dan penyelidik di Jabatan Penerangan Malaysia bagi memperkukuh keupayaan analisis data dan penyelidikan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Program ini menumpukan kepada penggunaan alat Generatif AI seperti ChatGPT, Gemini, Claude, Perplexity dan pelbagai platform lain bagi mempercepatkan proses pengumpulan maklumat, analisis kualitatif, analisis teks dan sentimen, serta penjanaan laporan dasar dan komunikasi awam.
Peserta akan didedahkan kepada teknik sebenar yang digunakan dalam sektor awam untuk menjana naratif automatik, membina papan pemuka (dashboard) data masa nyata, dan memahami bagaimana AI boleh digunakan secara beretika dalam kajian dasar dan pengurusan isu.
LAB 0 – Penggunaan Deep Research
LAB 1 – Analisis Kualitatif Automatik Menggunakan AI
LAB 2 – Menjana Naratif Secara Automatik (Automatic Narrative Generation)