19 November, 2025
Malam ini pasaran memberi tumpuan penuh kepada NVIDIA (NVDA) yang akan melaporkan earnings terbaharu. Investor expectations kekal tinggi walaupun sentimen pasaran sejak tiga hari lalu agak bearish, dengan broad market sell-off melibatkan hampir semua sektor — bukan sekadar teknologi.
Selain itu, terdapat kebimbangan tentang adakah telahan AI bubble adalah benar, terutama selepas rotation berlaku pada kebanyakan sekuriti saham berkaitan AI, namun fundamental NVDA masih dianggap antara yang paling kukuh dalam seluruh Nasdaq.
Walaupun earnings NVDA menjadi tumpuan, pasaran keseluruhan berada dalam mood risk-off, dipacu oleh beberapa faktor:
Interest rate expectation tidak berubah — dan mungkin akan lebih lama kekal tinggi
Walaupun ramai berharap Federal Reserve akan mula menurunkan kadar faedah, data inflasi dan ucapan-ucapan dari Feds menunjukkan: • Inflasi masih sukar diturunkan, terutama dalam housing dan services. • Feds tidak mahu menurunkan kadar faedah terlalu awal kerana bimbang inflasi kembali naik. • Kadar faedah dijangka kekal tinggi untuk tempoh yang lebih lama, dan ini kini menjadi jangkaan asas pasaran.
➡️ Bila kadar faedah kekal tinggi: • Equity valuation compression berlaku (terutama pada growth stocks). • Investor lebih memilih cash & bonds → risk appetite menurun.
Kelewatan penerbitan Employment Report telah meningkatkan tahap ketidaktentuan dalam pasaran.
Employment report yang masih tertangguh menimbulkan kebimbangan mengenai: • Sama ada terdapat kelembapan besar dalam pasaran kerja, atau • Kelewatan berlaku akibat isu pemprosesan data oleh agensi kerajaan.
Pasaran membenci ketidaktentuan — dan ketidaktentuan (uncertainty) ini meningkatkan jualan secara keseluruhan.
Menariknya, GOOGL (Alphabet) menunjukkan ketahanan walaupun pasaran broad-market melemah. Antara sebab utama: