Dalam masyarakat hari ini, terlalu ramai orang yang bijak, berpendidikan tinggi dan memegang jawatan profesional – termasuk dalam sektor kewangan – tetapi sebenarnya buta dari sudut kewangan peribadi (financially illiterate). Mereka mungkin mahir mengurus projek berjuta ringgit di tempat kerja, namun gagal menjawab soalan asas: “Duit pencen aku sebenarnya dilaburkan untuk apa?”

Fenomena ini bukan isu individu, tetapi tanda jurang besar antara ilmu kerja dan ilmu kewangan peribadi. Di sinilah misi pendidikan Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia (MFP) melalui Kluster Literasi Kewangan (KLIK): mengangkat literasi kewangan sebagai satu kemestian, bukan lagi pilihan sampingan.


1. Buta Kewangan di Kalangan Golongan Berpendidikan

Ramai menganggap buta kewangan hanya masalah “orang biasa” yang tidak masuk universiti. Hakikatnya, ramai graduan universiti terkemuka, termasuk yang belajar ekonomi dan bekerja dalam investment banking, tidak tahu:

Di tempat kerja, mereka mungkin pakar dalam credit derivatives, M&A deals atau analisis sektor tertentu. Namun bila menyentuh personal finance, mereka tiada pelan simpanan persaraan, tidak faham compounding, dan kadangkala terjebak dengan spekulasi jangka pendek tanpa memahami risiko sebenar.

Bagi komuniti Muslim, situasi ini menjadi lebih serius kerana persoalan bukan sekadar “untung atau rugi”, tetapi juga “halal atau haram”. Jika tidak tahu apa yang dipegang dalam dana pencen, unit trust, global fund atau ETF, bagaimana mungkin kita yakin status syariahnya?


2. Jurang Antara Ilmu Kerja dan Ilmu Kewangan Peribadi

Sebahagian besar profesional hari ini dilatih untuk menjadi sangat kompeten dalam kerjaya, tetapi hampir tidak menerima pendidikan rasmi tentang pengurusan kewangan peribadi. Hasilnya:

Jurang ini membawa beberapa implikasi:

  1. Kebergantungan total kepada pihak ketiga – penasihat, ejen atau institusi – tanpa kemampuan menilai sama ada cadangan yang diberi sesuai atau selari dengan nilai agama dan matlamat jangka panjang.
  2. Kelemahan mengurus krisis – apabila berlaku kejatuhan pasaran, perubahan pekerjaan, atau kecemasan kewangan, ramai panik kerana tidak memahami asas struktur portfolio mereka sendiri.
  3. Potensi pelanggaran prinsip syariah – produk yang kelihatan biasa di tempat kerja (contoh: konvensional bonds, interest-bearing instruments) mungkin secara senyap menyerapkan unsur riba, gharar atau maysir ke dalam harta peribadi, tanpa disedari.