<aside> 🗓️ 3 Mei 2021 / 21 Ramadan 1442H

</aside>

Pelbagai usaha telah dibuat untuk membanteras jenayah rasuah termasuk usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM), pihak berkuasa dan juga pasukan Rasuah Busters yang diketuai oleh Dato’ Hussammudin Yaacub bersama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Terkini dalam ucapan akhir sidang media Tan Sri Abdul Hamid Bador, sebagai Ketua Polis Negara, beliau menjelaskan bahawa rasuah masih berleluasa termasuk rasuah politik yang dikira sebagai barah dalam masyarakat Malaysia.

Persatuan Profesional Kewangan Muslim Malaysia (MFP) dan berlandaskan prinsip kewangan yang berintegriti dan amanah, amat menyokong usaha dan tindakan ketegasan penjawat awam dan pemimpin kerajaan untuk menentang unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan serta campurtangan yang boleh menyebabkan konflik antara bidang kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman dalam negara Malaysia khasnya dan juga di negara lain, amnya.

MFP juga berusaha untuk berganding dengan Rasuah Busters dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai usaha membanteras jenayah rasuah melalui pelbagai bentuk media sosial dan kesedaran dalam pendidikan pengurusan kewangan yang bersesuaian.

Kita menyokong segala usaha bebas dan telus dalam membuat keputusan supaya ianya lebih beretika, berintegriti dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang ada kepentingan tertentu hingga boleh menjatuhkan maruah sesuatu organisasi atau kerajaan itu sendiri. Amanah dan integriti adalah prinsip utama untuk banteras rasuah.

Oleh itu, MFP juga menggesa supaya:

MFP juga mengajak semua rakyat, baik dari sektor awam atau swasta, pelajar, suri rumah dan warga mas supaya prihatin dengan kempen banteras rasuah ini serta komited untuk menjauhi segala bentuk rasuah. Marilah kita menjadi rakyat yang lebih berakhlak mulia, bukan hanya melalui percakapan, tetapi dari tindak tanduk dan tugas harian di mana jua berada. Amanah dan integriti amalan mulia.


Dr Amalina Abdullah